Showing posts with label suara halus. Show all posts
Showing posts with label suara halus. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Dengar suara2 halus?

Di kaunter register di sebuah hospital di petang hari: 

Pesakit : Hai~ (Say hai nak tak nak je sebab tak larat)

Staff : Ye dik, Sakit ape?

Pesakit : Saye tak boleh tidur, dah 3 minggu...3 hari ni saya bergantung dengan air livita & 100+ je, sebab dah tak larat, rasa nak pengsan...See? Tangan ni pun terketar-ketar macam kena parkinson. Dalam sehari saya tidur kurang 3 jam sepanjang 3 minggu ni. *(baru aku perasan yang semua number adalah 3...wow! Seram plak dgn number 3 ni)

Staff : Oh ye?

Pesakit : Betul la (muka mengantuk tapi suara konfiden).

Staff 1: Tak ada dengar suara-suara halus ke? 
Staff 2 : Tak cuba tidur ke?
Staff 3 : Macam mana tak boleh tidur? 

(Muka mereka bertiga nampak excited gila, tapi kan, kalau la aku tahu kenapa aku tak boleh tidur, tak ada la aku susah-susah datang hospital tu.)

Jawapan untuk staff 1 je, soalan-soalan staff yang 2 orang lagi tu aku tak layan.


Pesakit : Tak, tak ada la, just tak boleh tidur, last saya tidur dalam 2 hari ni, tengahari semalam dan nak sampai ke hari ni saya tak tidur-tidur lagi sampai la sekarang ni, tengahari semalam tu, saya tidur dalam beberapa jam je... (Dalam hati "Kau ingat aku gila ke hape?Tak nampak ke bawah mata aku ni dah lebam macam kena penumbuk?Ingat aku make up ke?")

Staff : Oh, kalau macam tu adik kena pergi klinik panel kami sebab kat sini kami tak terima sakit macam ni.


Pesakit : Oh ye?sure? Hah? biar betul? Hospital tak terima sakit macam ni?? urmmm...tak pe la...Terima Kasih... (sambil buat muka noob, senyum tak ikhlas dan tangan ni rasa nak hadiahkan bom je, kalau hospital ni dekat tak apa, jauh pulak tu, nasib baik la kawan aku yang drive...)


Encik staff yang budiman, kenapa la tak cakap awal-awal tadi? Penat je aku jawab temu ramah kau, kan senang kalau awal-awal kau cakap suruh pergi klinik panel je? Pe kedehal hospital tak terima sakit macam ni? Haish, malas aku pergi klinik panel kau yang berbayar tu. Baik aku balik rumah dan pejam mata biarpun tak boleh tidur.


Ada siapa-siapa boleh jawab? 


*Finally (2hari kemudian), sampai je kampung halaman terus boleh tidur tunggang terbalik tak ingat dunia, kena simbah air dengan anak sedara pun boleh relax je tidur sambil ternganga mulut macam badak sumbu (Syukur Alhamdulillah). Puas hati dapat tidur! Bilik aku kat rumah sewa tu ada problem atau aku yang problem duduk bilik tu?