Showing posts with label diy pengukus. Show all posts
Showing posts with label diy pengukus. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Pengukus Cap Anggur

    Bila terdesak, lagi-lagi kat rumah tak ada pengukus, time ni la kena fikir something yang boleh buat jadi pengukus. Lama juga aku fikir pasal macam mana la nak kukus roti span. Teringin sangat nak kukus roti span tanpa aku beli pengukus. Ye la, tak kan la semata-mata aku nak kukus roti span tu, aku kena beli pengukus kan? Bukannya nak guna selalu pun...

     Agak-agak perlu ke aku buat entry pasal ni?urm... Kalau ada yang rasa tak perlu, tapi aku rasa perlu sebab untuk ingatan aku, ye la, kadang-kadang kita boleh lupa benda simple macam ni, bukan lupa sebab nyanyuk ke apa, tapi, tak terfikir la pulak yang kita boleh buat pengukus dengan guna 3 batang garfu dan satu periuk. Simple macam tu je dah boleh save duit dari pergi beli pengukus dan boleh jimatkan ruang dapur dari penuh dengan pengukus je kat dapur tu. Lagi pun dah akhir sem, malas nak bawak balik barang banyak-banyak.

.
.
.
.

Taraaaa...............

.
.
.

Letak 3 garfu/sudu, letak roti span dan tutup dengan penutup periuk 5-10minit.

Hasilnya, roti span yang gebu dan nyum nyum

Lepas korang letak roti span tu kat atas garfu tu, korang tutup dengan penutup periuk tula dalam 5-10minit. Kalau nak kukus pau pun boleh.


*You can try this at home