Wednesday, May 27, 2015

Jika Takdirku Begini, Aku Redha



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak update blog. Lepas sibuk pindah rumah baru-baru ni, 1 family kena serang demam panas...Lepastu sambung pulak dengan berita gembira, I'm pregnant! Umar nak dapat adik! Alhamdulillah.

Lepastu husband amy dapat naik pangkat. Lepastu lagi, amy dapat offer kerja. Gaji masyuk, kerja pun senang, company pun besar. BEST!

Tapiii..sayangnye..amy terpaksa tolak disebabkan morning sickness. Hurm...apekan daya...amy nak angkat badan sendiri pun tak larat, inikan pulak nak pergi kerja.

Nasib baik la Umar dah pandai berdikari, makan sendiri, tutup sliding door, kunci pintu, lepas makan letak pinggan dalam sinki dan banyak lagi... Alhamdulillah.



Sedih tolak tawaran kerja? Yeah! Of course! Siapa nak bagi gaji besar untuk housewife yang tak bekerja selama hampir 2 tahun? Kan? Tapi mungkin rezeki amy bukan dekat sana. Redha aje la.  Ni kali ke-2 terpaksa tolak tawaran kerja, dulu masa pregnantkan umar lepas amy berhenti kerja. Lepasni tak tahu bila lagi akan dapat tawaran kerja dengan gaji besar macam tu.


Jika takdirku begini, aku redha. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Insyaallah.

Sekurang-kurangnya kami tak perlu hidup pjj macam masa mula-mula kahwin dulu. Umar ni kalau tak nampak muka walid dia sehari, confirm monyok je..malam2x mesti nangis tak lena tidur rindu dekat walid dia.

Since pregnant ni, amy tak boleh lama nak ngadap handphone/laptop, kepala jadi pening. So sampai sini aje entry kali ni, jumpa lagi dalam next update. :)

Friday, March 13, 2015

Resepi Kek Butter Rangup Paling Senang dan Sedap !




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, lama amy tak update blog.
Busy sedikit.

Di kesempatan kali ini, amy nak kongsikan resepi Kek Butter Paling Mudah, simple, cepat dan sedap. Baru pagi tadi amy teringin sangat nak makan kek homemade. Tapi nak resepi yang ringkas dan cepat...campak2x terus siap...gituee....sebabnya amy tengah dalam mood MALAS. So kalau korang rasa korang sangat malas tapi nak makan kek homemade, boleh la guna resepi yang amy kongsikan ni :)


Kek Butter Yang Rangup




Bahan2x Kek Butter PALING SENANG dan SEDAP :


Bahan-bahan


1. 3 sudu Butter  / mentega dibiarkan mencair mengikut suhu bilik 
2. Setengah cawan Gula kastor * nak guna gula biasa pun boleh
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 sudu kecil Esen vanila
5. 3 biji telur



Cara-cara membuat kek butter :




1. Ayak tepung ke dalam mangkuk



2. Masukkan gula dan butter ke dalam adunan tepung tadi dan gaul
korang boleh gaul kesemua bahan ini mengikut cara tersendiri, amy tak ada mesin mixer. so marilah kita gaul pakai benda alah ni dengan penuh kemesaraan dan kasih sayang.



3. Gaul punya gaul...jadilah macam ni, so masukkan telur



4.  Keje korang gaul je, pakai garfu pun boleh...nak pakai sudu pun boleh, as long korang boleh jadikan semua bahan2x tu macam dalam gambar kat atas ni, nampak gebu kaaannn? :D

sekejap je gaulnye pun..bukan lama...bila dah sebati semua bahan, tu tandanya korang dah boleh berhenti kacau semua bahan2x tu



5. Lepas tu sapukan butter/ mentega pada loyang korang. Kalau tak nak sapu pun tak pe..korang boleh je merasa kek korang melekat dekat loyang tu....

sebenarnyaaaa kan...nak kasi tauuu......nanti susah woii nak keluarkan kek dari loyang kalau tak sapu butter / mentega



6. Makanya, setelah siap sapu butter/mentega pada loyang tadi, korang letak separuh adunan kek butter ke dalam loyang tu, nak letak terus semua pun boleh. Tapi tiba2x je amy rasa nak letak cheese..

Parmesan cheese pun jadilah hahahaha



so this is an additional item yang tiba-tiba amy rasa nak letak....
Tabur lah parmesan cheese tu ikut suka hati korang..tak nak letak pun tak pe...

kalau nak gantikan dengan coklat chips ka, coklat rice ke atau bahan2x lain pun boleh 

Bila dah siap tabur parmesan cheese, tuangkan balance adunan sampai habis ke dalam loyang.


Makanya, terhasillah rupa begini

opsss..sebelum tu, jangan lupa panaskan oven 170 darjah celcius selama 10 minit or agak2x dah panas kan...kurang dari 10minit pun boleh sebenarya, bergantung pada jenis oven masing2x

Bila oven dah panas, masukkan adunan kita tadi ke dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.


Kalau suka crunchy hitam macam kek amy, boleh guna api atas bawah, kalau tak suka dan nak hasil yang kononya perfect gitue, guna api bawah sahaja :D



Tips : macam mana nak tahu kek dah masak dengan sempurna atau pun tidak?

- Amik garfu, cucuk pada kek sampai kena pada permukaan loyang dan angkat semula garfu tu, kalau garfu tu basah, melekat2x dengan kek, tandanya kek belum masak. Kalau tak ada apa2x melekat pada garfu, tandanya kek sudah masak dengan sempurna :D


selamat mencuba